Sungai Kapeh, Segamat

Pada 1932, R.O. Winstedt, General Adviser of Johor telah melawat ke Segamat antaranya Kampung Tengah, Kampung Lubok Batu, Kampung Batu Ragi dan Kampung Palong. Beliau telah mencatatkan nama sesebuah tempat di dalam jurnal Malayan Branch of the Royal Asiatic Society volume 10. Berdasarkan rujukan yang didapatinya dalam Groeneveldt in Essays relating to Indo-China, Second Series, Vol. I (1887), p.259 telah menyebut Kapeh adalah daripada sebutan Kapas.

Sesetengah masyarakat kita ada yang menyebut Kapeh itu daripada kisah Puteri Santan Bertapis yang tertumpah santannya ke dalam sungai Kapeh. Walau bagaimana pun, ini hanyalah cerita rakyat yang boleh diteruskan lagi. Namun, ia amat tidak sesuai dalam kajian yang sahih. Kisah ini tidak mengukuhkan apa-apa fakta kerana di Kalimantan, Indonesia juga mempunyai nama Sungai Kapih. Adakah Puteri Santan Bertapis juga tertumpahnya santannya sampai kesana? Ini anda dinilaikan sendiri kerana kisah ini hanya dibukukan pada awalnya oleh Allahyarham cikgu Ungku Zaman Tahir di dalam bukunya Sejarah Dan Mitos Segamat Bahagian 1 yang rata-ratanya adalah karya pelajar Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat.

Panggilan pokok ini ada pelbagai nama mengikut sesuatu bangsa atau kaum kerana kajian yang didapati oleh Forest Research Institute Malaysia (FRIM) di dalam senarainya:
Kaum Melayu Suku Temuan Inggeris
 - Beruk Kapeh  - Kapih Air  - Yellow Ashoka
 - Pokok Talan  - Pokok Kapih  - Yellow Saraca
 - Pokok Gapis  - Pokok Kapih Biasa  

Pokok Kapih ini boleh mencapai ketinggian 7 meter dan sesuai sebagai pokok teduhan kecil, kawasan rekreasi awam kerana bunga yang menarik, Water Edge Planting dan Wayside planting. Pokok Kapih boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan Indo-China.

Sumber : © Saw Leng Guan 10/10/2016 Sumber : © Yao, T.L.
15/05/2017 Sumber : © Tan Kok Kiat 21/02/2020
Sumber foto : https://www.mybis.gov.my  

Di Segamat ini, banyak pokok-pokok warisan yang semakin pupus kerana masih kurang kesedaran dalam pengetahuan botanical. Maka, pokok-pokok ini ditebang untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial, ladang sawit dan getah. Sejauh mana dokumentasi pokok-pokok warisan di Segamat telah dibuat? ianya bergantung kepada kesedaran dan kepentingan warga Segamat itu sendiri.