Lagu ini mempunyai dua versi iaitu Joget dan Keroncong. Ciptaan oleh cikgu Nordin bin A. Talib dan Drs. Zainal Omar Shakri. Dicipta pada 2006 ketika perasmian Hari Kebangsaan yang disambut besar-besaran di Padang Besar Segamat atau Dataran Segamat dan telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Johor, Abdul Ghani bin Othman. Lagu ini atas usaha permintaan Pegawai Daerah Segamat ketika itu. Walau bagaimana pun, amat malang lagu ini terus terkubur tanpa dipromosikan terus sehingga kini didalam acara perasmian mahupan karnival di Segamat. Di atas usaha ini, lagu ini dibangkitkan semula pada 2021 atas usaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Segamat.
Mari cakna dan peka warisan yang warga Segamat miliki. Kenapa kita kurang merasakan Segamat ini tidak mempunyai apa-apa yang menarik kerana pelbagai sebab:
1. Kita kurang ambil tahu kepentingan warisan yang kita miliki.
2. Kurang kesedaran mendokumentasikan warisan yang sedia ada.
3. Kekurangan perbelanjaan menyelenggara warisan.
4. Kekurangan pemahaman dalam pembangunan warisan.
Seni bina pertukangan rumah ini diteliti jenis pertukangan di Negeri Sembilan dibina sekitar 1898 - 1910
-Suku Mungkal
-Suku Biduanda
Hak Cipta © Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Segamat. Hak cipta terpelihara.