Lagu ini mempunyai dua versi iaitu Joget dan Keroncong. Ciptaan oleh cikgu Nordin bin A. Talib dan Drs. Zainal Omar Shakri. Dicipta pada 2006 ketika perasmian Hari Kebangsaan yang disambut besar-besaran di Padang Besar Segamat atau Dataran Segamat dan telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Johor, Abdul Ghani bin Othman. Lagu ini atas usaha permintaan Pegawai Daerah Segamat ketika itu. Walau bagaimana pun, amat malang lagu ini terus terkubur tanpa dipromosikan terus sehingga kini didalam acara perasmian mahupan karnival di Segamat. Di atas usaha ini, lagu ini dibangkitkan semula pada 2021 atas usaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Segamat.