segamat club 1919 1921
Sumber Imej :Fb Karma Darinya

Lokasi gambar ini adalah tapak Pejabat Pos Segamat yang sekarang. Berdasarkan gambar, bangunan belakang itu adalah bangunan lama Majlis Bandaran Segamat yang dibina pada 1918 dan Mahkamah Majistret Segamat (sekarang Pejabat Polis Trafik). Tanah lapang yang berpagar itu adalah tapak gelanggang tenis.

Gambar ini diambil sempena perlantikan ahli baru bagi Segamat Club atau juga dikenali Kelab Melayu Segamat. Bangunan Segamat Club ini telah dirobohkan dan kini berdiri bangunan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS).
Berdasarkan gambar, yang dikenali hanya Penghulu Besar Omar bin Senol dari kanan baris ketiga. Berikut adalah maklumat nama2 ahli yang didapati dari Arkib Singapore.

Gambar ini dikongsikan oleh waris Penghulu Omar bin Senol yang didapati dari keluarganya menetap di Muar. Oleh itu, jika ada yang mengenali mereka yang ada didalam gambar tersebut harap dapat dikongsikan jua.

Segamat Club, Julai 1919
- En. Ahmad bin Abu Bakar S.M.J (President)
- En. Abdul Haye bin Ragah (Honorary Secretary)
- Haji Omar bin Mentol (Honorary Treasurer)
- En. Ali bin Abdullah (Honorary Auditor)
- Penghulu Hussin bin Ajee/Aji
- Penghulu Abdullah bin Mahat
- Penghulu Mohamed bin Yacob
- Penghulu Omar bin Senol
- Imam Ibrahim bin Kindang

Segamat Club, Mei 1920
- En. Ahmad bin Abu Bakar S.M.J (President)
- En. Abdul Haye bin Ragah (Honorary Secretary)
- En. Ibrahim bin Said (Honorary Treasurer)
- En. Hashim bin Jaafar (Honorary Auditor)
- Penghulu Abdullah bin Mahat
- Syed Ahmad bin Mohamed Alhabshee
- Penghulu Omar bin Senol
- Raja Murad bin Sulaiman
- En. Mohamed Salleh bin Mahyiddin

Segamat Club, Mac 1921
- En. Ahmad bin Abu Bakar S.M.J (President)
- En. Abdul Haye bin Ragah (Honorary Secretary)
- En. Mohd. Yassin bin Setot (Honorary Auditor)
- En. Ali bin Abdullah
- Penghulu Abdullah bin Mahat
- Raja Murad bin Sulaiman
- Penghulu Omar bin Senol
- En. Mohamad Salleh bin Mahidden
- Penghulu Mohamad bin Yaacob