Sejarah Kg. Batu Ragi dan Panglima Imam Zabidi tokoh pembukaan Kg. Awat, Segamat, Johor. Kajian kali ini kami telah menemu ramah seorang nenek berusia 92 tahun yang lahir di sebuah kampung yang telah musnah. Walau bagaimana pun, kajian kami seterusnya adalah mencari tapak kajian oleh seorang General Adviser R.O Winstedt iaitu orang kanan kuat Marhum Sultan Ibrahim, yang pernah melawat ke Kg. Batu Ragi ini untuk melakukan sebuah tapak penemuan Batu Megalith di Batu Ragi, Segamat pada 1934. Oleh itu, bagi mereka yang arif dan pernah tahu mengenai Batu Megalith di Batu Ragi ini harap dapat membantu kami menunjukkan lokasi tersebut.



Rumah ini dimiliki oleh Panglima Sentul yang terletak di Kampung Bangkong Awat, Segamat, Johor. Menurut En. Baharum bin Kiting bin Sentul, rumah ini dibina selepas berlakunya Perang Jementah iaitu sekitar 1880an. Jelasnya lagi Panglima Sentul berasal daripada Pahang, namun kemungkinan tukang rumah ini adalah orang Negeri Sembilan kerana 90% struktur tanggam rumah adalah bercirikan Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan.

Berharap perkongsian ini dapat direkodkan secara berterusan dari semasa ke semasa. Terima kasih abg Yusop Awat atas tunjuk ajar persekitaran kawasan kajian.


Tarikh pembukaan Estet Chi Liung tidak dapat dipastikan. Hanya berdasarkan dari peta 1937, Federated Malaya Serveyor telah menunjukkan lokasi Estet ini.

Menurut cerita penduduk tempatan telah memberitahu bahawa terdapat pekan Jementah lama di dalam estet ini. Estet ini dimiliki oleh Madam Chi Liung yang dikatakan juga mempunyai estet di Selangor dan Perak. Jalan sekitar penempatan estet ini asalnya menghubungkan binaan jambatan besi yang sama seperti jambatan besi di pekan Jementah ke Asahan yang kini telah dirobohkan. Berdasarkan cerita orang kampung, terdapat pekan lama di dalam estet ini. Dikatakan terdapat panggung wayang, hospital, balai polis, bank dan rumah pekerja. Sejarah estet ini sangat berkait rapat dengan pembinaan rumah batu yang terletak di dalam kawasan kebun Kampung Paya Mengkuang yang telah ditinggalkan sekian lama semenjak 1950an.

Kini, kawasan penempatan estet ini telah ditinggalkan akibat berlakunya darurat ‘Malaya Emergency' di mana pengaruh pengganas komunis sedang tersebar ketika itu. Orang ramai telah diperintahkan berkurung di kawasan Bukit Tunggal. Akibat daripada peristiwa ini lah kawasan Kampung Bukit Tunggal mulai ramai diduduki

Hak Cipta © Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Segamat. Hak cipta terpelihara.

Go to top