Rumah ini dimiliki oleh Panglima Sentul yang terletak di Kampung Bangkong Awat, Segamat, Johor. Menurut En. Baharum bin Kiting bin Sentul, rumah ini dibina selepas berlakunya Perang Jementah iaitu sekitar 1880an. Jelasnya lagi Panglima Sentul berasal daripada Pahang, namun kemungkinan tukang rumah ini adalah orang Negeri Sembilan kerana 90% struktur tanggam rumah adalah bercirikan Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan.

Berharap perkongsian ini dapat direkodkan secara berterusan dari semasa ke semasa. Terima kasih abg Yusop Awat atas tunjuk ajar persekitaran kawasan kajian.