
Pada awalnya lawatan ini disebabkan terdapat maklumat yang telah dikongsikan oleh penduduk setempat mengenai sejarah yang dikatakan terdapat pekan Jementah lama yang terletak didalam Estet Chi Liung.
Tambahan lagi, didalam estet ini juga terdapat hospital dan pawagam serta rumah batu estet yang besar mengandungi peti besi. Oleh disebabkan itu, bagi memastikan lokasi warisan dan sejarah yang diperkatakan ini wujud dan benar. Maka lawatan ini diadakan untuk mendapatkan kisah dan lisan penduduk setempat secara lebih lanjut.
Walau bagaimana pun, lokasi rumah batu ini adalah diluar kawasan rizab estet Chi Liung. Namun, sejarah awalnya sangat berkait rapat dengan pembukaan estet ini.
Lawatan kajian diadakan pada 8 Jun 2020