Tarikh pembukaan Estet Chi Liung tidak dapat dipastikan. Hanya berdasarkan dari peta 1937, Federated Malaya Serveyor telah menunjukkan lokasi Estet ini.
Menurut cerita penduduk tempatan telah memberitahu bahawa terdapat pekan Jementah lama di dalam estet ini. Estet ini dimiliki oleh Madam Chi Liung yang dikatakan juga mempunyai estet di Selangor dan Perak. Jalan sekitar penempatan estet ini asalnya menghubungkan binaan jambatan besi yang sama seperti jambatan besi di pekan Jementah ke Asahan yang kini telah dirobohkan. Berdasarkan cerita orang kampung, terdapat pekan lama di dalam estet ini. Dikatakan terdapat panggung wayang, hospital, balai polis, bank dan rumah pekerja. Sejarah estet ini sangat berkait rapat dengan pembinaan rumah batu yang terletak di dalam kawasan kebun Kampung Paya Mengkuang yang telah ditinggalkan sekian lama semenjak 1950an.
Kini, kawasan penempatan estet ini telah ditinggalkan akibat berlakunya darurat ‘Malaya Emergency' di mana pengaruh pengganas komunis sedang tersebar ketika itu. Orang ramai telah diperintahkan berkurung di kawasan Bukit Tunggal. Akibat daripada peristiwa ini lah kawasan Kampung Bukit Tunggal mulai ramai diduduki