Kisah pembukaan Jementah sangat menarik untuk dirungkai. Jom bersama kami merungkai dan mengkaji sejarah dan warisan selanjutnya....


Pada awalnya lawatan ini disebabkan terdapat maklumat yang telah dikongsikan oleh penduduk setempat mengenai sejarah yang dikatakan terdapat pekan Jementah lama yang terletak didalam Estet Chi Liung.

Tambahan lagi, didalam estet ini juga terdapat hospital dan pawagam serta rumah batu estet yang besar mengandungi peti besi. Oleh disebabkan itu, bagi memastikan lokasi warisan dan sejarah yang diperkatakan ini wujud dan benar. Maka lawatan ini diadakan untuk mendapatkan kisah dan lisan penduduk setempat secara lebih lanjut.

Walau bagaimana pun, lokasi rumah batu ini adalah diluar kawasan rizab estet Chi Liung. Namun, sejarah awalnya sangat berkait rapat dengan pembukaan estet ini.

Lawatan kajian diadakan pada 8 Jun 2020



Peta ni menunjukkan laluan sungai dan anak sungai yang menjadi laluan dan pengangkutan air ketika itu. Kami cuba menyusun dan membuat pemetaan makam-makam lama dan tokoh-tokoh yang berjasa dalam membuka perkampungan awal berdasarkan tipologi nesan aceh.
  1. Batu Nesan Aceh, tahun 1500-1700
  2. Batu Megalith, tahun 1600-1800
  3. Batu Sungai, 1500-1800
  4. Tipikal Bentuk Nesan, tahun 1700-1800

Hak Cipta © Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Segamat. Hak cipta terpelihara.

Go to top